Bahan2nya:
Kepala ikan jenahak - dibelah dua
2 biji tomato - sebiji yg merah tua dipotong dadu, yg muda dibelah 4
½ batang lobak merah – dihiris nipis
4 putik jagung - dibelah 4
Sedikit kobis bunga - potong kecil
1 inci halia - diketuk
1 batang serai - diketuk
2 pelepah daun kesum (jika suka)
Daun sup & daun bawang (untuk hiasan)
3-4 helai daun limau purut
Sebiji bawang besar - dipotong bulat
Sebiji limau nipis - ambil jus
Garam secukup rasa
1 senduk minyak untuk tumis
3 gelas air atau lebih
Bahan untuk ditumbuk:
5-6 biji cili api warna merah (jenis panjang)
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Cara masak:
Masukkan minyak dan bahan yg telah ditumbuk dalam periuk (jangan panaskan minyak awal2). Nyalakan api kecil.
Masukkan sebiji tomato merah yang telah dipotong dadu kecil.
Masukkan serai dan halia yang sudah di ketuk. Biarkan merenih selama kira-kira 5-7 minit. Kacau sekali sekala supaya tak hangit. (jika cara masak betul, tumisan tak kan menyebabkan bersin, jadi api mesti kecil)
Masukkan kepala ikan dan ½ cawan air. Gaul dan tutup periuk. Biarkan lebih kurang 5 minit. Gunakan api sederhana.
Masukkan putik jagung ,bunga kobis dan air (3 gelas). Biarkan air menggelegak.
Masukkan lobak merah, tomato muda (potong 4), daun limau purut, daun kesum dan bawang besar. Tutup periuk selama 2-3 minit.
Akhir sekali masukkan garam , cili api yang tidak dipotong dan jus limau nipis. Matikan api dan tutup periuk.
Taburkan daun sup dan daun bawang semasa menghidang.
Sedap dihidang dengan sambal belacan, timun dan sayur kailan. Jus limau nipis hanya untuk menambah kemasaman, jika ada masalah sakit gastrik tak digalakkan.
Nak lagi mudah? Guna jer instant tom yam paste yg ade kat kedai tu, especially tom yam putih adabi