Wednesday, February 9, 2011

Tom Yam Kepala Ikan

Agak2 tak tau nak masak apa, try resepi ni... tom yam kepala ikan. Hmmm... yummy...

Bahan2nya:

Kepala ikan jenahak - dibelah dua
2 biji tomato - sebiji yg merah tua dipotong dadu, yg muda dibelah 4
½ batang lobak merah – dihiris nipis
4 putik jagung - dibelah 4
Sedikit kobis bunga - potong kecil
1 inci halia - diketuk
1 batang serai - diketuk
2 pelepah daun kesum (jika suka)
Daun sup & daun bawang (untuk hiasan)
3-4 helai daun limau purut
Sebiji bawang besar - dipotong bulat
Sebiji limau nipis - ambil jus
Garam secukup rasa
1 senduk minyak untuk tumis
3 gelas air atau lebih

Bahan untuk ditumbuk:
5-6 biji cili api warna merah (jenis panjang)
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara masak:

Masukkan minyak dan bahan yg telah ditumbuk dalam periuk (jangan panaskan minyak awal2). Nyalakan api kecil.

Masukkan sebiji tomato merah yang telah dipotong dadu kecil.

Masukkan serai dan halia yang sudah di ketuk. Biarkan merenih selama kira-kira 5-7 minit. Kacau sekali sekala supaya tak hangit. (jika cara masak betul, tumisan tak kan menyebabkan bersin, jadi api mesti kecil)

Masukkan kepala ikan dan ½ cawan air. Gaul dan tutup periuk. Biarkan lebih kurang 5 minit. Gunakan api sederhana.

Masukkan putik jagung ,bunga kobis dan air (3 gelas). Biarkan air menggelegak.

Masukkan lobak merah, tomato muda (potong 4), daun limau purut, daun kesum dan bawang besar. Tutup periuk selama 2-3 minit.

Akhir sekali masukkan garam , cili api yang tidak dipotong dan jus limau nipis. Matikan api dan tutup periuk.

Taburkan daun sup dan daun bawang semasa menghidang.

Sedap dihidang dengan sambal belacan, timun dan sayur kailan. Jus limau nipis hanya untuk menambah kemasaman, jika ada masalah sakit gastrik tak digalakkan.
Nak lagi mudah? Guna jer instant tom yam paste yg ade kat kedai tu, especially tom yam putih adabi

Home Made Seri Kaya

Assalamualaikum.

Lama sungguh rasanya tak update blog ni. Mlm tadi berbual2 dgn teman lama. Sembang punya sembang, terbukaklah citer Seri Kaya. Anak2ku memang suka sgt makan Roti Gardenia+Seri Kaya. Kalau beli Seri Kaya Gardenia ke, Yeo's ke, harus tak sampai 2 hari. Klu every 2 days nak kena beli, kopak la kan.

Alhamdulillah, terjumpa resepi yg sgt mudah ni. Dah try buat 3-4 kali, memang menjadi. Khas utk temanku Shidah aka Ummi Sufiyya.... jgn lupa buat ya. Pastu bg feedback.


Sekadar gambar hiasan.

SERI KAYA

Bahan-bahan:
1 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati (1)
1 ½ cawan santan (2) .... klu nak senang guna santan kotak jer
2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air (3)
1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan (4)

Cara-caranya:
1. Campur semua bahan ikut turutan...(1), (2), (3) dan (4)
2. Masak dgn api sederhana panas dan kacau hingga pekat/mendidih.(>< 20 minit)

* Boleh diwarnakan mengikut kesukaan masing-masing (kuning/hijau ok gak)
* Biarkan warna asli saja.
* Pastikan gula hangus tdk hitam. Nanti seri kaya jadi pahit.
* Klu nak wangi, masukkan 2 helai daun pandan
* Resepi ni agak manis (bagi saya)...boleh kurangkan sikit gula klu tak suka manis...
* boleh dapat lbh kurang 500 ml seri kaya...

Sumber resepi: Mak Lang@Cari.com