Masakan ini amat sesuai bagi wanita yang berpantang selepas bersalin kerana ianya dapat membantu dalam penyembuhan luka.
Dipetik daripada http://www.mengandung.com/tips/Category/Masakan-Melayu
Bahan-bahan:
Bahan A
3 ekor ikan tongkol
2 keping asam gelugur
2 sudu besar cili kering kisar
5 tangkai daum kesum
5 cawan air
garam secukup rasa
Bahan B (di tumbuk)
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 1/2 cm lengkuas
Cara:
Potong ikan dan bersihkan. Masukkan bahan yang ditumbuk dan air ke dalam periuk. Kemudian masukkan cili, asam gelugur dan daun kesum. Biarkan hingga mendidih. Tambahkan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan ikan dan biar seketika.
(Oleh: hana_j)
Tuesday, June 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment