Sunday, September 9, 2007

Tuke Bakar beserta Air Asam


Waktu memancing Khamis lepas, Papa dpt 2 ekor tuke (anak pari). Azue kata sedap kalau dibakar. So, hari ni cuba buat.

Bahan2:
2 ekor tuke
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

Cili api
Cili merah
Bawang besar
Tomato
Belacan bakar
3 biji Limau kasturi
Air asam jawa
Sedikit kerisik
Sos ikan (jika suka)
Garam
Gula

Cara2nya:
Gaul tuke dgn garam & kunyit.
Bakar hingga masak (saya bakar atas frying pan jer)

Hiris cili api, cili merah, bawang besar & tomato ikut suka.
Campurkan air asam jawa ke dlm bhn2 yg dihiris tadi.
Masukkan belacan bakar, perahan limau kasturi, kerisik & sos ikan. Kacau hingga sebati.
Masukkan garam & gula secukup rasa.

Mmmmmuah..... meleleh air liur.

Udang Masak Serai Wangi


Hari ni menu utama Udang Masak Serai Wangi & Tuke Bakar beserta air asam.
Baki udang last week ada lagi. So, nak cuba buat masak serai. Khabarnya simple & sedap. Spt biasa, bhnnya main agak2 jer.

Bahan2:

Udang kertas size XL (digoreng 1/2 masak jika suka, kali ni saya tak goreng)
4 batang serai
Cili kering
Bawang merah
Cili merah
Bawang putih
Halia muda (halia tua pun boleh)
Pati asam jawa
Belacan bakar
Pati santan
Garam & gula secukup rasa (saya tak letak gula)

Cara memasak:

Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
Tumis bhn kisar + belacan hingga wangi.
Masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
Masak atas api sederhana hingga kuah pekat.
Masukkan pati santan dan udang.
Masak hingga naik bau.
Tambah garam (gula jika perlu) sesedap rasa.

Yummy......

Saturday, September 8, 2007

Asam Pedas Tumis Ikan Sembilang



Khamis 06/07/2007, Papa & friends gi fishing kat Pulau Ketam. Byk jugak hasil pancingan kali ni. Ada tuke, gelama, ikan duri & yg paling besar ikan sembilang. Hampir 1 kg juga beratnya.

So, smlm (Sabtu) baru sempat menyiang ikan2 tu. Ikan sembilang tu ada telur & mata kail masih terletak dlm mulut ikan tu. Siap cuci sumer, tuke & gelama yg besar2 simpan utk esok. Ikan sembilang buat asam pedas tumis. Gelama yg kecik2 & ikan duri goreng jer. Kalau ikan duri tu besar, boleh gak buat kari. Apa2 pun, kat bwh ni ada resepi Asam Pedas Tumis Ikan Sembilang. Resepi ni simple jer. Bhn2 sumer main agak2 jer. Ikut keperluan.

Bahan utk dikisar/ditumbuk (saya lebih suka tumbuk kecuali cili kering):
Cili kering
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
Belacan

Ikan sembilang (potong ikut suka)
Daun kesum
Air asam jawa
1/2 sudu serbuk lada hitam (lada hitam yg ditumbuk pun boleh)
Minyak masak

Cara2nya:
Tumiskan bhn yg sudah diblend tadi beserta serbuk lada hitam sehingga naik minyak
Masukkan ikan sembilang, kacau sekejap
Masukkan air asam jawa serta garam & gula sesedap rasa (tak letak gula pun takpe)
Setelah mendidih, masukkan daun kesum.

Eemmmmm... ... sedap. Mkn ngan nasi panas.

Tuesday, September 4, 2007

Udang Masak Lemak Cili Api & Terung Pipit


Hmmmm.... hari ni tak keje. Rasanya nak masak udang utk lunch.
Ahad lepas Azue ada tlg belikan udang baru naik dari Banting. Tentu sedap buat masak lemak.

Ini resepi biasa sgt. Resepi turun-temurun keluarga. Rasanya semua org buat mcm ni.
Bahan2 pakai agak2 je.

Bahan2:

1/2 kilo udang (dibelah belakang utk buang apa2 yg tak perlu)
5-7 biji terung pipit (betul ke nama terung ni?)
1/2 genggam cili api
1 cm kunyit hidup
2 btg serai (diketuk)
asam keping
garam

Cara2:

Cili api + kunyit hidup + sedikit air dimesin hingga hancur. Kalau rajin, tumbuk je... lagi sedap. Rebus bersama serai & sedikit air hingga mendidih.

Masukkan udang, biarkan seketika; masukkan asam keping.
Masukkan santan pekat, terung pipit.
Kacau sekali sekala utk mengelakkan santan pecah minyak.
Masukkan garam mengikut rasa.
Biarkan mendidih dgn api yg kecil seketika.

Lepas tu... apa lagi? Makan dgn nasi panas.
Burrrpppp..... Alhamdulillah.