Tuesday, June 3, 2008

Ikan Tenggiri Kukus

* Masakan ini sesuai untuk para ibu selepas bersalin sebagai lauk nasi.

Bahan-Bahan:
200 gram ikan tenggiri
Serbuk kunyit
Garam halus
Halia 1 cm

Cara Memasak:
Cuci ikan tenggiri dan lumurkannya dengan garam halus serta serbuk kunyit hingga rata. Potongkan Halia kecil-kecil dan masukkannya ke dalam mangkuk kecil bersama ikan tenggiri tadi. Kukuskannya selama 30 minit.

Dipetik daripada http://www.resepiku.com/tenggiri-kukus

Singgang Asam Pedas Ikan Tongkol

Masakan ini amat sesuai bagi wanita yang berpantang selepas bersalin kerana ianya dapat membantu dalam penyembuhan luka.
Dipetik daripada http://www.mengandung.com/tips/Category/Masakan-Melayu

Bahan-bahan:

Bahan A

3 ekor ikan tongkol
2 keping asam gelugur
2 sudu besar cili kering kisar
5 tangkai daum kesum
5 cawan air
garam secukup rasa

Bahan B (di tumbuk)

4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 1/2 cm lengkuas

Cara:

Potong ikan dan bersihkan. Masukkan bahan yang ditumbuk dan air ke dalam periuk. Kemudian masukkan cili, asam gelugur dan daun kesum. Biarkan hingga mendidih. Tambahkan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan ikan dan biar seketika.

(Oleh: hana_j)