Sunday, July 8, 2018

Puding Roti Bakar & Sos Kastad


Tetiba teringin nak makan puding roti. 

Kebetulan ada roti gardenia yg dah nak expired. Apa lagi... mula kan la operasi 😍


BAHAN-BAHAN:

7-8 keping roti

* 500 ml susu segar @ 2 cawan
* 4 sudu besar gula halus
* 2 biji telur
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis (cinnamon)
2 sudu besar mentega (cairkan)
5 sudu besar kismis (lebih pun takpe, saya lebih suka byk kismis sbb masa makan nanti terasa masam manis)

Untuk Sos Kastad:

1 tin susu cair

1/2 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
3 sudu besar gula (ikut selera, klu nak manis boleh tambah lagi)

CARA-CARA:


Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda ( * ). Kacau sebati. Kalau nak blend dlm blender pun boleh. Saya kacau guna sudip je.


Koyakkan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. Ada sesetgh org suka potong dadu roti tu. Terpulang masing2. Biarkan terendam dan meresap seketika.


Masukkan kismis dan juga mentega cair. Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter/margerine.Taburkan sedikit kismis diatas adunan kalau suka.


Bakar pada suhu 180℃ selama 30-35 minit atau sehingga masak.

Kalau guna pressure cooker Noxxa, steamkan selama 20-25 min.

Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing-masing).


Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.


Saya hanya tuang sos bila nak makan sahaja. Puding boleh dipotong2 atau ambil guna sudu sahaja.


Kredit to http://www.karangkraf.com/mobile/cmlink/rasa/resipi-blog-pilihan/puding-roti-bakar-sos-kastad-1.137773

Thursday, July 5, 2018

Biskut Mazola / Kacang


My husband's favourite ....




Bahan-bahan:

  • 1 cawan (130g) gula icing (jika guna gula halus, kurangkan +/- 2 sudu makan (20g)
  • 2 1/2 cawan (250g) tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil baking powder
  • -> Ayak bersama semua bahan di atas
  • 1 cawan kacang tanah kisar (membukit pun takpe); disangai, dibuang kulit, dikisar barulah disukat
  • minyak mazola (minyak jagung) secukupnya
  • untuk hiasan boleh letak sebelah kacang atas biskut; sapu kuning telur

Cara-cara:


  1. Campur dan gaul sebati kacang tanah dengan tepung yg diayak tadi
  2. Uli bersama minyak mazola sehingga menjadi doh yg lembut dan boleh diterap
  3. Gelek doh antara 2 plastik (supaya tak melekat), terap dgn acuan kesukaan (celup dlm tepung sebelum terap supaya mudah lekang)
  4. Susun dalam dulang yg telah digris, hias jika suka dan sapu kuning telur atas biskut
  5. Bakar selama 30 min atau hingga masak (150°c)
Siap sudah....

Kredit to http://myresipi.com/recipes/biskut-mazola-kacang-kakbesah

Kek Buah Bakar (3 bahan)

Jumpa resepi ni di internet.
Dah try buat sebelum Raya hari tu.
Not bad. Almost macam kek buah kukus.


Bahan-bahan:

  • 500g dried mixed fruit (any brand)
  • 1 cawan jus oren (ready to drink jus yg ada di pasaran pun boleh, cth: minute maid)
  • 1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour / tepung kek)


Cara-cara:
  1. Rendamkan dried mixed fruit dlm jus oren selama +/- 2 jam
  2. Masukkan tepung naik sendiri. Gaul sebati.
  3. Masukkan dalam loyang yang sesuai dan bakar selama 2 jam (130°c).
That's all.


P/S:

Friday, June 29, 2018

Pulut Kuning Noxxa

First time masak pulut kuning menggunakan periuk noxxa. Alhamdulillah. Menjadi.


Bahan2 nya:

1kg beras pulut
Sedikit serbuk kunyit
200 ml santan
Sehelai daun pandan
1 litre air
Garam secukup rasa

- Basuh beras pulut dan letak dalam inner pot
- Masukkn air, serbuk kunyit dan daun pandan. Kacau rata.
- Low Pressure 8 minit, lepas tu off & release pressure.
- masukkn santan & garam.
- Mode Steam 2 minit...

Tips:
-boleh juga rendam beras pulut yang dah di bersihkan beserta serbuk kunyit selama 10 min sebelum di masak.
-campurkn santan dan garam siap2 sblm disiram kat pulut supaya garam rata...