Thursday, June 7, 2007
Agar2 Ala Dadih
Hmmm... sebenarnya resepi ni Fizah yg bagi. Dah try byk kali. Memang menjadi. Birthday Faris last year, buat dlm 100 biji then hantar kat Tadika dia. Masa birthday Zarif last year pun sama. Tak payah susah2 nak fikir apa nak bg kawan2 dia sbg party packs. Buat aje dlm bekas kecil2 then tampal nama depa. Settle.
Resepi ni pun di upload atas permintaan Niza. Ha... kalau dah buat jgn lupa bg kita rasa ok?
Bahan2nya:
Agar2 - 1 paket (20g)
Susu cair - 1 tin
Susu tepung - 450g
Air - 3 liter
Gula - 2 ½ cawan
Perisa - sebarang rasa....ikut suka
Masak agar2 sehingga cair. Kemudian masukkan susu tepung (perlahankan api).
Kacau sehingga susu tepung tidak berketul2.
Masukkan susu cair dan gula...kacau sehingga gula hancur.
Akhir sekali masukkan perisa yg dikehendaki.
Sentiasa kacau...selepas agar2 cair, perlahankan api. Jgn tinggalkan atas api lama tanpa kacau nanti akan jadi satu lapisan susu di permukaan atas.
Labels:
Aneka Pencuci Mulut (Dessert)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment