Wednesday, September 10, 2008

Home Made Tom Yam Paste

Bahan-bahan:
3 s/b cili kering kisar
1 s/b udang kering dikisar
1 s/b belacan
1 s/b asam jawa dibancuh dengan sedikit air
5 ulas bawang putih dikisar
10 ulas bawang merah dikisar
1 s/b gula
garam
2 s/b jus limau nipis
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:
1. Campurkan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
3. Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.
4. Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.
5. Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.

Nota:
Sejukkan dan simpan di dalam peti ais (kalau buat banyak).
Boleh digunakan sbg pes tom yam. Cuma tambah serai, daun limau purut & cili api dlm kuah tomyam tu.
Utk masak asam pedas pun boleh. Cuma masukkan bunga kantan or daun kesum.
Boleh juga dijadikan sos utk ikan bakar (ala Melaka/Portugeese)

* Resepi asal drp Chef Hanieliza

Saturday, September 6, 2008

Pajeri Terung


Pasar malam Selasa lepas, Papa beli terung (brinjal). Bbrp hari lepas dah buat kari ikan kembung + terung. Semalam cuba buat pajeri terung khas utk Papa. Alhamdulillah, menjadi.


Pajeri Terung

Bahan2nya:
Santan pekat
Halia (ditumbuk)
Bawang merah (ditumbuk)
Bawang putih (ditumbuk)
Udang kering (ditumbuk)
Kulit kayu manis
Rempah kari ikan (dibancuh dgn sedikit air @ jadikan pes)
Sedikit gula merah & gula putih
Sedikit garam
Kerisik

Cara2 memasaknya:
Tumis bahan yg ditumbuk & kulit kayu manis sehingga berbau wangi.
Masukkan pes kari ikan, tumis hingga garing.
Masukkan kerisik & terung, gaul sebentar.
Masukkan santan, gula merah, gula putih, garam.
Masakkan hingga pekat.

Sedap dimakan dgn nasi panas & ikan masin goreng.

Terung boleh digantikan dgn nenas, kedondong, mangga muda dan seumpamanya.
* Resepi drp hanieliza.fotopages.com

Buah Melaka


Alhamdulillah. Semalam berjaya buat kueh sendiri utk berbuka. Jimat duit; tak perlu ke Bazar Ramadhan.

Kueh Buah Melaka

Bahan2nya:
2 cawan tepung pulut
Jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka (potong kecil2)
1/2 biji kelapa muda/putih shj (gaul dgn sedikit garam)

Cara2 membuatnya:
Bancuh tepung dgn jus pandan sehingga tdk melekat pd bekas bancuhan.
Sementara itu, panaskan air sehingga menggelegak/mendidih.
Bulat2kan tepung mengikut saiz yg dikehendaki.
Masukkan gula melaka sbg inti.
Rebus sehingga buah melaka timbul/terapung.
Angkat & gaulkan dgn kelapa.
Sedia utk dihidangkan.

Alhamdulillah, byk juga hasilnya. Dpt juga diberikan kpd jiran2 sbg juadah berbuka puasa.

* Terima kasih Chef Hanieliza @ haieliza.fotopages.com

Tuesday, June 3, 2008

Ikan Tenggiri Kukus

* Masakan ini sesuai untuk para ibu selepas bersalin sebagai lauk nasi.

Bahan-Bahan:
200 gram ikan tenggiri
Serbuk kunyit
Garam halus
Halia 1 cm

Cara Memasak:
Cuci ikan tenggiri dan lumurkannya dengan garam halus serta serbuk kunyit hingga rata. Potongkan Halia kecil-kecil dan masukkannya ke dalam mangkuk kecil bersama ikan tenggiri tadi. Kukuskannya selama 30 minit.

Dipetik daripada http://www.resepiku.com/tenggiri-kukus

Singgang Asam Pedas Ikan Tongkol

Masakan ini amat sesuai bagi wanita yang berpantang selepas bersalin kerana ianya dapat membantu dalam penyembuhan luka.
Dipetik daripada http://www.mengandung.com/tips/Category/Masakan-Melayu

Bahan-bahan:

Bahan A

3 ekor ikan tongkol
2 keping asam gelugur
2 sudu besar cili kering kisar
5 tangkai daum kesum
5 cawan air
garam secukup rasa

Bahan B (di tumbuk)

4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup
2 1/2 cm lengkuas

Cara:

Potong ikan dan bersihkan. Masukkan bahan yang ditumbuk dan air ke dalam periuk. Kemudian masukkan cili, asam gelugur dan daun kesum. Biarkan hingga mendidih. Tambahkan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan ikan dan biar seketika.

(Oleh: hana_j)

Saturday, January 26, 2008

Petua Kawan-kawan

First of all, thanks to CT (Siti Marziah @ Thursday, September 27, 2007 11:57) for sharing this.

Tips ni untuk ibu-ibu yang rajin memasak (dan takde Indon untuk membantu), tak kisahlah tak sedap pun, janji berkhasiat dan bersih! Untuk yang tak gemor memasak, anda dilarang membaca ayat-ayat seterusnya...

1. Kupaskan bawang merah, putih, besar, halia, lengkuas, kunyit, ubi kentang (rendam dalam air, kalau tak jadi itam), atau segala-gala benda yang hendak dikupas. Simpan dalam Tupperware (tipuware pun takpe) dan masuk dalam peti ais.

2. Tumbuk siap2 bahan yang nak ditumis. Kalau buat banyak-banyak, simpan dalam peti ais kat Chill compartment. Tumbuk lagi enak, dari blend - kecuali dah malas!

3. Untuk masakan yang lazat dan bebas dari pengawet, buat sendiri cili boh! Rebus cili, sejukkan dan kisar dengan sedikit air masak, sedikit garam (untuk kasi tahan lama) dan minyak masak(untuk hancurkan biji cili).

4. Tumbuk banyak-banyak kunyit dan garam. Simpan dalam Tupperware. Bila-bila aje nak menggoreng, calit dan lumurkan jer. Tak payahlah nak beli yang ready made kat kedai - masin sangat dan siap tumbuk dengan kulit kunyit sama!

5. Suka makan sambal belacan. Ha.. buat banyak2 dan simpan.

6. Rendang, kerutub dan apa-apa yang sewaktu dengannya yang boleh tahan lama - weekend nanti, masak banyak-banyak dan bungkus kecil-kecil untuk satu hindangan setiap satu dan masukkan dalam freezer. Nak makan jer, panaskan.

7. Untuk frozen food, sebelum pergi kerja pagi tu, keluarkan dari freezer dan simpankan di bahagian bawah peti ais. Jangan keluarkan dari peti ais, nanti basi lak! Nanti balik, dia dah lembut, so senang nak panaskan.

8. Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili kisar, belacan, air asam jawa dan taruk garam dan gula sikit (kalau mahu, sebagai ganti ajinomoto). Tumis biar lama atas dapur biar kasi gelap warnanye, tapi jangan lak segelap dayang senandung - itu hangit namanye! Simpan dalam Tupperware kat Chill Compartment. Nak masak ikan tumis pedas ke, ayam pedas ke, ape-ape aje - cekup aje, masuk kuali dan mesra-mesrakanlah. Untuk masak kicap, tambah aje kicap manis atau kicap masin...

9. Gorengkan ikan bilis banyak-banyak dan simpan dalam bekas kedap udara (tak payah masuk dalam peti ais). Begitu jugak dengan keropok, popedum, dll.

10. Untuk sayur-sayuran, kalau nak masak untuk sahur, sebelum tidur tu - siapkan segala bahan-bahan. Bangun awal sikit, terus goreng. Sama lah caranye untuk goreng menggoreng yang lain termasuk nasi goreng! Kut-kut nak tukar menu... Kecuali telur goreng, pecahkan telur hanya sewaktu nak menggoreng! Bukan sebelum tidur....

(Semua bahan-bahan masakan ini perlu disimpan dalam peti sejuk. Pastikan peti sejuk anda sentiasa bersih dan kemas. Kuih raye tahun lepas tu, kasi ayam je ler..)

Banyak lagi tip-tip yang nak dikongsi. Tapi... banyak kerja nak dibuat ni..

Selamat Mencuba!

Pesanan Chef - "Air tangan isteri membahagiakan suami... Tangan-tangankanlah suami anda, sebelum dia melambaikan tangannya! Mencegah lebih baik dari mengubati.... "

Wednesday, January 23, 2008

Siput Mentarang Bakar



Assalamualaikum.

Blog kali special utk Mas & Niza.
Bukan ada resepi apa pun. Cuma nak bagi tau; ptg tadi my heroes & I ke Pantai Remis. Saja jalan2, tgk org main layang2.

Kebetulan kat tepi pantai tu byk org jual siput mentarang. Nilah rupanya kalau nak tau.

Lps Maghrib tadi, I bakar atas kuali jer. Kalau dpt bakar guna arang lagi best! I nak beli juga tmpt bakar sate yg kecik tu. Senang sket nak buat menu bakar membakar ni. I rasa malas nak buat sos cicahnya, so I just guna sos ready made (sos mae pranom) yg mcm kat restoran tom yam tu. Ala..... yg slalu dihidangkan dgn kerang bakar. Hmmmm.... sedap.

Siput mentarang ni bukan sedap dibakar jer, buat sup, steamboat, rendang, sambal, masak merah, masak lemak cili api pun sedaaaaapppp. Cubalah!