Sunday, July 8, 2018

Puding Roti Bakar & Sos Kastad


Tetiba teringin nak makan puding roti. 

Kebetulan ada roti gardenia yg dah nak expired. Apa lagi... mula kan la operasi 😍


BAHAN-BAHAN:

7-8 keping roti

* 500 ml susu segar @ 2 cawan
* 4 sudu besar gula halus
* 2 biji telur
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis (cinnamon)
2 sudu besar mentega (cairkan)
5 sudu besar kismis (lebih pun takpe, saya lebih suka byk kismis sbb masa makan nanti terasa masam manis)

Untuk Sos Kastad:

1 tin susu cair

1/2 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
3 sudu besar gula (ikut selera, klu nak manis boleh tambah lagi)

CARA-CARA:


Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda ( * ). Kacau sebati. Kalau nak blend dlm blender pun boleh. Saya kacau guna sudip je.


Koyakkan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi. Ada sesetgh org suka potong dadu roti tu. Terpulang masing2. Biarkan terendam dan meresap seketika.


Masukkan kismis dan juga mentega cair. Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter/margerine.Taburkan sedikit kismis diatas adunan kalau suka.


Bakar pada suhu 180℃ selama 30-35 minit atau sehingga masak.

Kalau guna pressure cooker Noxxa, steamkan selama 20-25 min.

Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing-masing).


Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.


Saya hanya tuang sos bila nak makan sahaja. Puding boleh dipotong2 atau ambil guna sudu sahaja.


Kredit to http://www.karangkraf.com/mobile/cmlink/rasa/resipi-blog-pilihan/puding-roti-bakar-sos-kastad-1.137773

No comments: